Couple Islamik : Wujudkah? o.O


Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidah lagi bertakhta dihati.

"Bermula dengan ruang chatting di Internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan zina" - Ust Hasrizal

Hakikat.

Zina bukan kesudahannya.

Zina adalah permulaannya.

Zina adalah najis maksiat.

Tak perlu pergi jauh kepada zina fizikal. Zina sebenarnya bermula daripada hati yang bersih suci. Namun kerana perasaan cinta berbaur nafsu kemaksiatan telah menyebabkan rasa fitrah bercinta, berevolusi menjadi suatu bintik hitam dihati.

Hati menjadi gelap dan hitam diselubungi oleh titik-titik dosa. Sarat sekali dengan perasaan kotor dan mazmumah. Si gagah perkasa juga tidak mampu menewaskan nafsu jahat dalam diri mereka.

Sukarnya untuk berubah.

Sukarnya untuk bertaubat.

Sukarnya untuk menangis kerana Allah.

Sukarnya untuk berzikir memuji-Nya.

Allahumma Yassir Wa La Tu'assir.

ZINA HATI

"Kami jarang berjumpa, hanya berhubung melalui FB dan OTP je. Cuma seringkali saya merindui dia dan selalu menatap gambarnya".

Zina hati. Apabila kita tak mampu untuk mengawal rasa cinta kita, dengan mudahnya kita melakukan perkara-perkara yang menghampiri kepada zina. Hakikatnya, zina hati ini adalah salah satu maksiat yang jarang kita sedari.

Zina hati boleh terjadi melalui pelbagai cara atau medium. Contohnya SMS, Facebook, Twitter, Yahoo Messenger, e-mail dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kita tidaklah bercouple berpegangan tangan, keluar berdua-duaan atau berkhalwat bersama pasangan. Namun akibat daripada hubungan alam maya tersebut, akhirnya timbullah suatu perasaan cinta dihati yang akan mengganggu kebersihan rohani.

Zina hati biasanya berlaku seandainya kita tidak memelihara ikhtilat. Ikhtilat itu apa? Hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Namun, boleh berlaku juga sekiranya kita berlebihan mengingati orang yang kita cinta / admire. Hakikatnya, semua ini adalah lorong-lorong gelap yang membawa kita kepada najis maksiat. Ya, zina.

Perasan tak, apakah yang Allah telah arahkan kepada kita mengenai zina?

Allah SWT berfirman : "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jualan yang buruk". (Al-Israa' 17 : 32)

Sudah terang lagi bersuluh. Allah mengarahkan kita supaya tidak mendekati zina. Kalau mendekatinya pun tak boleh, apatah lagi melakukannya. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di sinilah zina hati menjadi suatu perkara yang amat besar bagi kita kerana ianya merupakan suatu jalan kepada zina yang sebenar.

Berubahlah sahabat. Bukan mudah namun tidak mustahil kan :)

Wallahua'lam ^^

Indahnya Persahabatan ^_^

Dalam hidup ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dirinya. Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Kita cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita. 

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, semua itu adalah alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan dan memaksa dia untuk menerima alasan kita. 

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering lupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan  kita. Harapan dan impian juga kita luahkan. 

Dia yang memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa. Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai? Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita. Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat. 

Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu :\

Tetapi jika kita cuba untuk menjadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan :)


Hargai Dan Peliharalah Sesebuah Persahabatan Itu Kerana Tersembunyi Di Sebaliknya Segala Yang Tersirat. Sayangi Sahabat Kita Selamanya ^_^