Couple Islamik : Wujudkah? o.O


Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidah lagi bertakhta dihati.

"Bermula dengan ruang chatting di Internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan zina" - Ust Hasrizal

Hakikat.

Zina bukan kesudahannya.

Zina adalah permulaannya.

Zina adalah najis maksiat.

Tak perlu pergi jauh kepada zina fizikal. Zina sebenarnya bermula daripada hati yang bersih suci. Namun kerana perasaan cinta berbaur nafsu kemaksiatan telah menyebabkan rasa fitrah bercinta, berevolusi menjadi suatu bintik hitam dihati.

Hati menjadi gelap dan hitam diselubungi oleh titik-titik dosa. Sarat sekali dengan perasaan kotor dan mazmumah. Si gagah perkasa juga tidak mampu menewaskan nafsu jahat dalam diri mereka.

Sukarnya untuk berubah.

Sukarnya untuk bertaubat.

Sukarnya untuk menangis kerana Allah.

Sukarnya untuk berzikir memuji-Nya.

Allahumma Yassir Wa La Tu'assir.

ZINA HATI

"Kami jarang berjumpa, hanya berhubung melalui FB dan OTP je. Cuma seringkali saya merindui dia dan selalu menatap gambarnya".

Zina hati. Apabila kita tak mampu untuk mengawal rasa cinta kita, dengan mudahnya kita melakukan perkara-perkara yang menghampiri kepada zina. Hakikatnya, zina hati ini adalah salah satu maksiat yang jarang kita sedari.

Zina hati boleh terjadi melalui pelbagai cara atau medium. Contohnya SMS, Facebook, Twitter, Yahoo Messenger, e-mail dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kita tidaklah bercouple berpegangan tangan, keluar berdua-duaan atau berkhalwat bersama pasangan. Namun akibat daripada hubungan alam maya tersebut, akhirnya timbullah suatu perasaan cinta dihati yang akan mengganggu kebersihan rohani.

Zina hati biasanya berlaku seandainya kita tidak memelihara ikhtilat. Ikhtilat itu apa? Hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Namun, boleh berlaku juga sekiranya kita berlebihan mengingati orang yang kita cinta / admire. Hakikatnya, semua ini adalah lorong-lorong gelap yang membawa kita kepada najis maksiat. Ya, zina.

Perasan tak, apakah yang Allah telah arahkan kepada kita mengenai zina?

Allah SWT berfirman : "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jualan yang buruk". (Al-Israa' 17 : 32)

Sudah terang lagi bersuluh. Allah mengarahkan kita supaya tidak mendekati zina. Kalau mendekatinya pun tak boleh, apatah lagi melakukannya. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di sinilah zina hati menjadi suatu perkara yang amat besar bagi kita kerana ianya merupakan suatu jalan kepada zina yang sebenar.

Berubahlah sahabat. Bukan mudah namun tidak mustahil kan :)

Wallahua'lam ^^